• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

Wakaf bangunan Perniagaan



KETERANGAN :

 

Pembelian bangunan rumah kedai 2 tingkat sebanyak 4 unit di Nusajaya adalah bertujuan membuka peluang kepada umat Islam menjalankan perniagaan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar. Malah, projek ini merupakan satu alternatif yang dihasilkan bagi menjalankan tanggungjawab sosial dan memacu sosio ekonomi umat Islam. Lokasinya terletak di Fortune Point, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. 

 

KOS :

Kos keseluruhan bagi projek ini berjumlah RM 1,573,566.00 Juta (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lima Ratus Enam Puluh Enam Ribu Sahaja).



Baca Lagi...
 
Wakaf Bangunan Saham,Wakaf Johor



KETERANGAN :

 

Projek Bangunan Saham Wakaf setinggi 6 tingkat ini terletak di KM10 Jalan Skudai, Johor Bahru. Ia telah siap dibina pada Tahun 1995. Upacara perasmian Majlis Pecah Tanah Bangunan Saham Wakaf telah dilakukan oleh Y.B Tan Sri Muhyiddin bin Md. Yassin. Kini, bangunan tersebut telah dijadikan Pusat Dialisis MAINJ. Pesakit-pesakit yang mengalami masalah atau kegagalan fungsi buah pinggang boleh mendapatkan rawatan di pusat dialisis ini.

 

KOS :

Seramai 98 pesakit yang mendapat rawatan di pusat dialisis ini dan ditanggung oleh Bahagian Zakat MAINJ dengan kos sebanyak RM 3,410,400.00 Juta (Ringgit Malaysia Tiga Juta Empat Ratus Sepuluh Ribu Empat Ratus Sahaja) setahun. Kos bagi projek ini ialah sebanyak RM 6,000,000.00 Juta(Ringgit Malaysia EnamJuta Sahaja).

Baca Lagi...
 
Wakaf Bangunan Asrama Pelajar di Mesir



KETERANGAN:

Bangunan asrama pelajar ini merupakan projek bangunan wakafpertama di negara Mesir.MAINJ mengambil langkah proaktif untuk merealisasikan hasrat ini bagi membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar yang semakin meningkat di sana. Bangunan setinggi 6 tingkat dan boleh menampung seramai 120 orang pelajar ini terletak di No. 53 Mohamed Masdur Street, El-Hayyu al-Awwal, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir. Bangunan asrama ini lengkap dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang belajar dan muzakarah, pejabat persatuan pelajar, rumah kediaman pegawai kebajikan pelajar, dan bilik tidur. Kemudahan bilik juga disediakan untuk pelajar muhafazah (pelajar yang berada di luar Kaherah).

Bangunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar pada 17 April 2010.

 

KOS :

Kos bagi projek ini adalah sebanyak RM 6,000,000.00 Juta (Ringgit Malaysia Enam Juta Sahaja).

Baca Lagi...
 
Prev26272829303132333435Next

Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Borang Potongan Gaji Kakitangan Badan Berkanun/Kerajaan Negeri/Swasta

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini82
Mingguan175
Bulanan2596
Keseluruhan902286

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.