• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN SEKOLAH AGAMA JOHOR


Kutipan bagi projek pembinaan Sekolah Agama Johor telah dibuka pada tahun 2011. Kini bagi tahun 2023 telah mencecah sebanyak RM25,096,740.00 dan masih berbaki sebanyak RM138,154,534.00 dengan anggaran kutipan sepenuhnya berjumlah RM163,251,274.00

Berapa lama tempoh untuk mencapai sasaran kutipan?

Jika mengikut statistik kutipan dari tahun 2011 hingga 2022 sudah mencecah 10 tahun. Dan kemungkinan sasaran kutipan penuh dapat dicapai dalam tempoh 70 tahun lagi dan lebih kurang pada tahun 2092.

Kerajaan Negeri Johor dan MAINJ telah membangunkan sebanyak 125 buah sekolah agama di seluruh negeri Johor yang dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, kantin, ruang pejabat, dan bilik kebal.

Pembinaan sekolah tersebut telah digunakan oleh anak-anak Johor yang bersekolah agama dan kesemuanya telah siap dibina pembinaan.

kos keseluruhan bagi pembinaan projek tersebut akan ditampung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sebanyak 30% berjumlah RM163,251,274.00 manakala 70% lagi daripada kos tersebut ditampung oleh Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM38,091,963,933.34

Baca Lagi...
 
Wakaf Mushaf Al-Quran




KETERANGAN :

 

Program Wakaf Mushaf al-Quran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh umat Islam untuk mewakafkan naskhah al-Quran bagi tujuan disalurkan kepada sekolah-sekolah agama seluruh negeri Johor. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran 30 Juzuk akan digunapakai bagi tujuan menyelaraskan jenis al-Quran yang diwakafkan.

 

Harga bagi pembelian sebanyak 30,000 naskhah al-Quran bagi tujuan Program Wakaf al-Quran ini ialah RM 1,485,000.00 Juta (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Sahaja) dan akan ditampung sepenuhnya melalui program Saham Wakaf Johor.

Baca Lagi...
 
Wakaf Pokok Kelapa Sawit




KETERANGAN :

 

Projek ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar pada 27 Julai 2008. MAINJ telah melantik Epa Management Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Johor Corporation sebagai pengurus bagi mentadbir, mengawalselia, menyelenggara dan memasarkan hasil tanaman sawit di ladang tersebut.

 

KOS :

Kos bagi projek ini ialah sebanyak RM 350,000 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja).Hasil  daripada projek wakaf ini akan disalurkan dan dimanfaatkan untuk kebajikan umat Islam.



Baca Lagi...
 
Prev26272829303132333435Next

Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Borang Potongan Gaji Kakitangan Badan Berkanun/Kerajaan Negeri/Swasta

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini74
Mingguan167
Bulanan2588
Keseluruhan902278

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.