PROJEK 2024 l WAKAF AL QURAN TERJEMAHAN LUAR NEGARA |
Wakaf Al Quran Terjemahan Luar Negara diwujudkan bagi memberi fokus kepada pembelian Naskhah Mushaf Al Quran Osmani yang akan diterjemahakan kepada bahasa Kebangsaan Negara Tersebut.
Majlis Agama Islam Negeri Johor menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2023 bahawa Kerajaan Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta Al-Quran ke seluruh Negara dalam pembentangan belanjawan 2023.
Majlis Agama Islam Negeri Johor juga turut serta dalam kempen Solidariti Wakaf sejuta Al Quran. Keterangan Majlis Agama Islam Negeri Johor akan turut menyumbang Al-Quran dengan terjemahan luar Negara sebanyak 50,000 naskhah Al-Quran dengan menggunakan konsep Saham Wakaf Johor,jadi orang ramai khususnya masyarakat di Johor,boleh turut serta berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor dan mengambil bahagian bagi sama-sama menjayakan projek ini.
Penerbitan dan pencetakan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia terdiri daripada pelbagai terjemahan bahasan.Antaranya Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Swedish,Bahasa Inggeris,Bahasa Sepanyol Latin,Bahasa Cina/Mandarin,Bahasa Khmer,Bahasa Perancis,Bahasa Tamil,Bahasa Tagalog dan Bahasa Hindi.
Kos 1 unit Saham Wakaf Johor bernilai RM 50.00. Jumlah sasaran yang akan dikutip melalui Saham Wakaf Johor adalah sebanyak RM2,500,000.00 |
Baca Lagi...
|
PROJEK 2023 l WAKAF MESIN HEMODIALISIS |
Wakaf Mesin Hemodialisis diwujudkan bagi memberi fokus kepada wakaf kesihatan menerusi konsep Saham Wakaf Johor bagi memenuhi keperluan pesakit buat pinggan.
Hal ini kerana memandangkan pesakit buah pinggang yang ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor pada tahun 2021 adalah seramai 3,463 orang dengan jumlah RM60,407,083.54 setahun dan pada tahun 2022 adalah seramai 3,980 orang dengan jumlah RM58,880,394.57.
Maka setiap pesakit yang ditaja oleh MAINJ akan mendapat pengurangan harga bagi setiap rawatan di Pusat-pusat Hemodialisis yang telah menerima Mesin Hemodialisis melalui dana hasil Kutipan Saham Wakaf Johor.
Projek ini telah dibuka kepada orang ramai pada 01 Februari 2017 dengan memerlukan kutipan berjumlah RM4,500,000.00(Ringgit Malaysia: Empat Juta Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja) dan pada 14 Oktober 2021, kutipan bagi projek ini telah selesai kutipan dan telah diagihkan kepada pusat-pusat Hemodialisis di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Johor antaranya :
1.INSIST AMILAT(PERBADANAN ISLAM JOHOR) pada 14 Oktober 2014 sebanyak 6 MESIN DIALISIS berjumlah RM228,000.00 2.KLINIK WAKAF AN-NUR pada 18 Julai 2018 sebanyak 5 MESIN DIALISIS berjumlah RM210,000.00 3.MAINJ URUS pada 25 November 2019 sebanyak 40 MESIN DIALISIS, 4 MESIN DIALYSER, 2 MESIN RO sebanyak RM2,380,000.00 4.HOSPITAL NORA ISMAIL, BATU PAHAT pada 9 September 2021 sebanyak 4 MESIN DIALISIS berjumlah RM195,800.00 5.RAHIMRA SDN BHD pada 23 Jun 2021 sebanyak 4 MESIN DIALISIS berjumlah RM152,000.00 6.AL GAZEL MEDICAL SDN. BHD pada 5 Oktober 2022 sebanyak 2 Mesin Hemodialisis berjumlah RM195,800.00 7.Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) pada 5 Oktober 2022 sebanyak 2 Mesin Hemodialisis berjumlah RM152,000.00 8.PUSAT HEMODIALISIS AL GAZEL MEDICAL SDN BHD pada 14 November 2023 sebanyak 6 Mesin Hemodialisis berjumlah RM249,000.00 9.PUSAT RAWATAN DIALISIS PERDANA CAWANGAN LABIS(NEPHROMDICA DIALYSIS SDN BHD) pada 14 November 2023 sebanyak 6 Mesin Hemodialisis berjumlah RM237,000.00
Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 3 tahun. Namun peningkatan jumlah pesakit serta jumlah mesin yang sangat terhad. Maka projek ini juga dilihat sebagai satu alternatif tanggungjawab sosial yang dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
Kini Kos bagi pembelian mesin hemodialisis sebanyak 100 unit ini adalah sebanyak RM5,000.000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Juta Ringgit Malaysia Sahaja)
|
Baca Lagi...
|
PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN ASRAMA PELAJAR JOHOR DI MESIR |
Pada 17 April 2010, secara rasminya Projek Saham Wakaf Johor bagi Asrama Pelajar Johor di Mesir ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar.
Saham Wakaf Johor telah memperkenalkan projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir kepada orang ramai pada 1996 dan pada tahun 2010, kutipan Saham Wakaf Johor telah mencapai sasaran bagi projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir ini sebanyak RM 6,000,000.00 Juta (Ringgit Malaysia Enam Juta Sahaja).
Dengan pembelian bangunan tersebut maka diteruskan bagi Kutipan Saham Wakaf Johor bagi proses pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan dalam sasaran kutipan RM10,000,000.00 dari tahun 2017 sehingga 2022. Kini kutipannya telah mencapai sebanyak RM3,855,010.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA JUTA LAPAN RATUS LIMA PULUH LIMA DAN SEPULUH SAHAJA). Namun, tidak dapat dibuat kerana kerajaan di Jordan mempunyai dasar bahawa pemilikan harta di Jordan tidak diberikan kepada warga luar negara. Kutipan ini telah terlaksana dalam tempoh 5 tahun.
Maka melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Negeri Johor 2022 dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2022 telah bersetuju untuk menukarkan hasil wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan ditawakufkan dan ditukarkan kepada wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir.
Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 3 tahun .Kini Kos bagi Wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir masih dalam rundingan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengenalpasti bangunan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Bangunan Asrama Pelajar Johor di Mesir. |
Baca Lagi...
|
|
|