JOM TONTON | PENGALAMAN BERWAKAF BERSAMA SAHAM WAKAF JOHOR
PROJEK TERKINI SAHAM WAKAF JOHOR
JOM TONTON | PROJEK - PROJEK SAHAM WAKAF JOHOR 2022
Projek Wakaf
Projek Wakaf Bangunan Asrama Pelajar di Jordan
Keterangan:
Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam mesyuaratnya telah bersetuju untuk pembelian sebuah bangunan bagi keperluan pelajar-pelajar Johor yang menuntut di universiti-universiti sekitar Negara Jordan.
Keterangan:
Bangunan asrama pelajar ini adalah merupakan projek bangunan wakaf yang pertama di negara Jordan untuk pelajar-pelajar Johor yang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Agama dan bidang Perubatan.
Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan terdapatnya masalah kewangan pelajar serta kos sewa rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun yang perlu ditanggung oleh pelajar-pelajar Johor di Jordan.
Kos :
Kos bagi Bangunan Wakaf Asrama Pelajar di Jordan ini adalah sebanyak RM 10,000,000.00 juta ( Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Sahaja)
Pembinaan bangunan ini bertujuan untuk dijadikan Pusat Pendidikan berasaskanTahfiz Al-Quran yang dinamakan Madrasah Tahfiz Medik yang terletak di Daerah Kluang Johor di atas tapak berkeluasan 4.3 Ekar.Bangunan ini adalah satu-satu projek pembinaan bangunan sekolah tahfiz di negeri Johor yang kutipannya di perolehidaripada skim Saham Wakaf Johor.