• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

PROJEK 2023 l WAKAF MUSHAF ALQURAN VERSI JOHOR
Pada 8 Ogos 1993, secara rasminya Saham Wakaf Johor telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan merupakan negeri yang pertama di Malaysia yang menganjurkan suatu mekanisma yang baru dalam membangunkan ekonomi umat Islam melalui pelaburan abadi saham wakaf.

Saham Wakaf Johor telah memperkenalkan projek wakaf Al-Quran kepada orang ramai pada 24 September 2010 dan pada tahun 2015, kutipan Saham Wakaf Johor telah mencapai sasaran bagi projek wakaf Al-Quran ini sebanyak RM1,480,000.00 (Satu Juta Empat Ratus Lapan Puluh Ribu).

Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 5 tahun. Wakaf Mushaf Al Quran diwujudkan bagi memberi fokus kepada keseragaman reka bentuk Mushaf Al-Quran 30 Juzuk yang akan digunapakai oleh pelajar sekolah agama, pusat-pusat tahfiz dan masjid-masjid di Negeri Johor.

Selain itu, penyelarasan jenis Al-Quran yang diwakafkan serta akan dipaparkan lambang Majlis Agama Islam Negeri Johor pada muka hapadan.

Kini Kos bagi Wakaf Mushaf Al Quran adalah sebanyak RM 1,500.000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Malaysia Sahaja)
Baca Lagi...
 
PROJEK 2024 l WAKAF AL QURAN TERJEMAHAN LUAR NEGARA
Wakaf Al Quran Terjemahan Luar Negara diwujudkan bagi memberi fokus kepada pembelian Naskhah Mushaf Al Quran Osmani yang akan diterjemahakan kepada bahasa Kebangsaan Negara Tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Johor menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2023 bahawa Kerajaan Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta Al-Quran ke seluruh Negara dalam pembentangan belanjawan 2023.

Majlis Agama Islam Negeri Johor juga turut serta dalam kempen Solidariti Wakaf sejuta Al Quran. Keterangan Majlis Agama Islam Negeri Johor akan turut menyumbang Al-Quran dengan terjemahan luar Negara sebanyak 50,000 naskhah Al-Quran dengan menggunakan konsep Saham Wakaf Johor,jadi orang ramai khususnya masyarakat di Johor,boleh turut serta berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor dan mengambil bahagian bagi sama-sama menjayakan projek ini.

Penerbitan dan pencetakan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia terdiri daripada pelbagai terjemahan bahasan.Antaranya Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Swedish,Bahasa Inggeris,Bahasa Sepanyol Latin,Bahasa Cina/Mandarin,Bahasa Khmer,Bahasa Perancis,Bahasa Tamil,Bahasa Tagalog dan Bahasa Hindi.

Kos 1 unit Saham Wakaf Johor bernilai RM 50.00. Jumlah sasaran yang akan dikutip melalui Saham Wakaf Johor adalah sebanyak RM2,500,000.00
Baca Lagi...
 

More Articles...

  1. PROJEK 2023 l WAKAF MESIN HEMODIALISIS
  2. PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN ASRAMA PELAJAR JOHOR DI MESIR
Prev123456Next

Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk




Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini150
Mingguan741
Bulanan5531
Keseluruhan873366

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.