• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

e-Wakaf Johor
PROJEK 2024 l WAKAF AL QURAN TERJEMAHAN LUAR NEGARA
Wakaf Al Quran Terjemahan Luar Negara diwujudkan bagi memberi fokus kepada pembelian Naskhah Mushaf Al Quran Osmani yang akan diterjemahakan kepada bahasa Kebangsaan Negara Tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Johor menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2023 bahawa Kerajaan Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta Al-Quran ke seluruh Negara dalam pembentangan belanjawan 2023.

Majlis Agama Islam Negeri Johor juga turut serta dalam kempen Solidariti Wakaf sejuta Al Quran. Keterangan Majlis Agama Islam Negeri Johor akan turut menyumbang Al-Quran dengan terjemahan luar Negara sebanyak 50,000 naskhah Al-Quran dengan menggunakan konsep Saham Wakaf Johor,jadi orang ramai khususnya masyarakat di Johor,boleh turut serta berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor dan mengambil bahagian bagi sama-sama menjayakan projek ini.

Penerbitan dan pencetakan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia terdiri daripada pelbagai terjemahan bahasan.Antaranya Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Swedish,Bahasa Inggeris,Bahasa Sepanyol Latin,Bahasa Cina/Mandarin,Bahasa Khmer,Bahasa Perancis,Bahasa Tamil,Bahasa Tagalog dan Bahasa Hindi.

Kos 1 unit Saham Wakaf Johor bernilai RM 50.00. Jumlah sasaran yang akan dikutip melalui Saham Wakaf Johor adalah sebanyak RM2,500,000.00
 
Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk




Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini93
Mingguan796
Bulanan4888
Keseluruhan879038

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.