
Saham Wakaf Johor telah memperkenalkan projek wakaf Al-Quran kepada orang ramai pada 24 September 2010 dan pada tahun 2015, kutipan Saham Wakaf Johor telah mencapai sasaran bagi projek wakaf Al-Quran ini sebanyak RM1,480,000.00 (Satu Juta Empat Ratus Lapan Puluh Ribu).
Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 5 tahun. Wakaf Mushaf Al Quran diwujudkan bagi memberi fokus kepada keseragaman reka bentuk Mushaf Al-Quran 30 Juzuk yang akan digunapakai oleh pelajar sekolah agama, pusat-pusat tahfiz dan masjid-masjid di Negeri Johor.
Selain itu, penyelarasan jenis Al-Quran yang diwakafkan serta akan dipaparkan lambang Majlis Agama Islam Negeri Johor pada muka hapadan.
Kini Kos bagi Wakaf Mushaf Al Quran adalah sebanyak RM 1,500.000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Malaysia Sahaja)