Hal ini kerana memandangkan pesakit buah pinggang yang ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor pada tahun 2021 adalah seramai 3,463 orang dengan jumlah RM60,407,083.54 setahun dan pada tahun 2022 adalah seramai 3,980 orang dengan jumlah RM58,880,394.57.
Maka setiap pesakit yang ditaja oleh MAINJ akan mendapat pengurangan harga bagi setiap rawatan di Pusat-pusat Hemodialisis yang telah menerima Mesin Hemodialisis melalui dana hasil Kutipan Saham Wakaf Johor.
Projek ini telah dibuka kepada orang ramai pada 01 Februari 2017 dengan memerlukan kutipan berjumlah RM4,500,000.00(Ringgit Malaysia: Empat Juta Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja) dan pada 14 Oktober 2021, kutipan bagi projek ini telah selesai kutipan dan telah diagihkan kepada pusat-pusat Hemodialisis di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Johor antaranya :
1.INSIST AMILAT(PERBADANAN ISLAM JOHOR) pada 14 Oktober 2014 sebanyak 6 MESIN DIALISIS berjumlah RM228,000.00
2.KLINIK WAKAF AN-NUR pada 18 Julai 2018 sebanyak 5 MESIN DIALISIS berjumlah RM210,000.00
3.MAINJ URUS pada 25 November 2019 sebanyak 40 MESIN DIALISIS, 4 MESIN DIALYSER, 2 MESIN RO sebanyak RM2,380,000.00
4.HOSPITAL NORA ISMAIL, BATU PAHAT pada 9 September 2021 sebanyak 4 MESIN DIALISIS berjumlah RM195,800.00
5.RAHIMRA SDN BHD pada 23 Jun 2021 sebanyak 4 MESIN DIALISIS berjumlah RM152,000.00
6.AL GAZEL MEDICAL SDN. BHD pada 5 Oktober 2022 sebanyak 2 Mesin Hemodialisis berjumlah RM195,800.00
7.Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) pada 5 Oktober 2022 sebanyak 2 Mesin Hemodialisis berjumlah RM152,000.00
8.PUSAT HEMODIALISIS AL GAZEL MEDICAL SDN BHD pada 14 November 2023 sebanyak 6 Mesin Hemodialisis berjumlah RM249,000.00
9.PUSAT RAWATAN DIALISIS PERDANA CAWANGAN LABIS(NEPHROMDICA DIALYSIS SDN BHD) pada 14 November 2023 sebanyak 6 Mesin Hemodialisis berjumlah RM237,000.00
Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 3 tahun. Namun peningkatan jumlah pesakit serta jumlah mesin yang sangat terhad. Maka projek ini juga dilihat sebagai satu alternatif tanggungjawab sosial yang dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
Kini Kos bagi pembelian mesin hemodialisis sebanyak 100 unit ini adalah sebanyak RM5,000.000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Juta Ringgit Malaysia Sahaja)