Kenapa satu unit wakaf berjumlah RM50?
Permintaan masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor bagi menempatkan anak-anak mereka yang ingin mendalami ilmu agama yang semakin terhad dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun.
Justeru, perbezaan jumlah unit wakaf ditingkatkan bagi mempercepatkan proses pembinaan Sekolah Menengah Agama di Negeri Johor dalam konsep Saham Wakaf Johor. Maka Majlis Agama Islam Negeri Johor menawarkan sebanyak 600,000 unit wakaf kepada masyarakat islam khususnya di Negeri Johor.
Selain itu, Sekolah ini mampu menempatkan sebanyak 300-400 pelajar dalam satu-satu masa serta dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sekolah ini juga akan menggunakan sistem dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Seramai 80% pelajarnya adalah dari dalam negara manakala 20% lagi adalah dari pelajar luar negara.
Sekolah ini akan dibina di Mukim Tebrau nombor Lot 137204 GM 1066 Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru seluas 2.01 hektar milik Encik Uzair bin Abdul Malik yang telah selesai hujjah wakafnya pada 29 Mei 2016.