Pembinaan bangunan ini bertujuan untuk dijadikan Pusat Pendidikan berasaskanTahfiz Al-Quran yang dinamakan Madrasah Tahfiz Medik yang terletak di Daerah Kluang Johor di atas tapak berkeluasan 4.3 Ekar.Bangunan ini adalah satu-satu projek pembinaan bangunan sekolah tahfiz di negeri Johor yang kutipannya di perolehidaripada skim Saham Wakaf Johor.
Projek ini adalah di sebabkan keperluan yang sangat penting dikalangan masyarakat Islam masa kini.Kos pembinaan Madrasah Tahfiz yang boleh menempatkan 250 orang pelajar ini adalah sebanyak RM13juta yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil kutipan Saham Wakaf Johor. Madrasah TahfizMedikinibakalmenempatkanpelajar-pelajardariusia10 tahunhingga 17 tahun.
Silibus Tahfiz Medik ini selaini lmu Al-Quran, matapelajaran Seni Sains Sahsiah, Pengajian IlmuTafsir Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris serta Pendidikan Akademik turut dijadikan silibus utama. Justeru itu, Jawatankuasa Tahfiz Medik bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor mengalukan-alukan kepada semua golongan masyarakat agar dapat bersama-sama menjayakan projek Madrasah Tahfiz Medik ini agar 103 pelajar dan 12 kakitangan sedia ada yg kini menumpang di surau asrama Sekolah Arab Kluang dapat menggunakan bangunan tersebut dalam masa terdekat dan akhirnya melahirkan para huffaz dengan iltizam “Satu Rumah Seorang Tahfiz”