Pada 17 April 2010, secara rasminya Projek Saham Wakaf Johor bagi Asrama Pelajar Johor di Mesir ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar.
Saham Wakaf Johor telah memperkenalkan projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir kepada orang ramai pada 1996 dan pada tahun 2010, kutipan Saham Wakaf Johor telah mencapai sasaran bagi projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir ini sebanyak RM 6,000,000.00 Juta (Ringgit Malaysia Enam Juta Sahaja).
Dengan pembelian bangunan tersebut maka diteruskan bagi Kutipan Saham Wakaf Johor bagi proses pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan dalam sasaran kutipan RM10,000,000.00 dari tahun 2017 sehingga 2022. Kini kutipannya telah mencapai sebanyak RM3,855,010.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA JUTA LAPAN RATUS LIMA PULUH LIMA DAN SEPULUH SAHAJA). Namun, tidak dapat dibuat kerana kerajaan di Jordan mempunyai dasar bahawa pemilikan harta di Jordan tidak diberikan kepada warga luar negara. Kutipan ini telah terlaksana dalam tempoh 5 tahun.
Maka melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Negeri Johor 2022 dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2022 telah bersetuju untuk menukarkan hasil wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan ditawakufkan dan ditukarkan kepada wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir.
Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 3 tahun .Kini Kos bagi Wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir masih dalam rundingan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengenalpasti bangunan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Bangunan Asrama Pelajar Johor di Mesir.