::: WAKAF TANAH | KOTA TINGGI | 06 DISEMBER 2022 :::
Majlis Agama Islam Negeri Johor daerah Kota Tinggi telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah oleh En. Azharil Syah bin Adam bagi tujuan wakaf “kubur dan kebajikan am” di Kg Gembut Sedili Kota Tinggi seluas 4.20 ekar
Kami warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azharil Syah bin Adam kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk tujuan kebajikan umat Islam di daerah Kota Tinggi.
Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas En. Azharil Syah bin Adam serta ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Semoga Allah terima ibadah wakafnya dan berkatilah baki ke atas hartanya
Amin amin ya rabbal alamin
Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 07-2221655/07 -221 2091 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf