• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

WAKAF RUMAH | JOHOR BAHRU


::: MENGALIR PAHALA WAKAF TANPA HENTI :::
“Saya niatkan pahala wakaf ini nanti sampai ke arwah suami saya” begitulah kata² seorang pewakaf yang datang ke pejabat MAINJ hari ini

Alhamdulilah Pagi ini kami menerima lafaz wakaf sebuah rumah yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor di Bandar Baru Uda atas wakaf Am bagi kebajikan umat islam negeri Johor.

 Selaras dengan firman Allah :-

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾

سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏

﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

Mudahan Allah memberikan kesihatan dan keafiyatan yang baik untuk keluarga pewakaf ini, Allah memberkati harta yang masih berbaki dan menggantikan dengan harta yang lain.

 

 
Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Borang Potongan Gaji Kakitangan Badan Berkanun/Kerajaan Negeri/Swasta

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini98
Mingguan190
Bulanan966
Keseluruhan900656

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.