
Alhamdulillah , Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Mersing telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah oleh Puan Hajjah Na Bte Abbas untuk pewakafan "Surau" dan "Kebajikan am" di Endau, Mersing.
Kami warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajjah Na Bte Abbas kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk kegunaan kebajikan umat Islam di daerah Mersing.
Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas Puan Hajjah Na Bte Abbas serta ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Amin amin ya rabbal alamin
Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 07-2221655 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf