
Alhamdulillah , Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Kota Tinggi telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan 4 lot tanah di Kampung Batu 4 dan Kampung Sepak daripada Jamilah Binti Karsan, Azly Bin Ahamad dan Norizan Binti Abd Rasip seluas untuk tujuan Pesantren AlBahjah dan Kebajikan am.
Kami warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jamilah Binti Karsan, Azly Bin Ahamad dan Norizan Binti Abd Rasip kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk kegunaan kebajikan umat Islam di daerah Kota Tinggi.
Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas Jamilah Binti Karsan, Azly Bin Ahamad dan Norizan Binti Abd Rasip serta ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Amin amin ya rabbal alamin
Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 07-2221655 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf