:: WAKAF TANAH | GANJARAN YANG BESAR DI SISI ALLAH S.W.T ::..
Alhamdulillah , Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Kota Tinggi telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah daripada En Azlinshah dan Pn Khatijah seluas 10,000 di Kampung Rantau Panjang, Kota Tinggi, Johor untuk tujuan sekolah tahfiz dan kebajikan am umat Islam di Kota Tinggi.
Kami warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Azlinshah dan Pn Khatijah kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk kegunaan kebajikan umat Islam di daerah Mersing.
Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas En Azlinshah dan Pn Khatijah serta ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Amin amin ya rabbal alamin
Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 07-2221655 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf