.:: WAKAF TANAH | GANJARAN YANG BESAR DI SISI ALLAH S.W.T ::..
Alhamdulillah , Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Mersing telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah daripada Datin Zarharah Bt Mohd Salleh seluas 2ekar di Endau Mersing untuk kebajikan am umat Islam di daerah Mersing.
Kami warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin Zarharah Bt Mohd Salleh kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk kegunaan kebajikan umat Islam di daerah Mersing.
Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas beliau dan ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Amin amin ya rabbal alamin
Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 07-2221655 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf