Alhamdulillah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Kulai telah menerima Saham Wakaf Johor berjumlah sebanyak RM 20,000 daripada Haji Jamari Bin Sukimi. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Tuan Haji Jamari Bin Sukimi sekeluarga diberikan keberkatan hidup, kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Amin amin ya rabbal alamin.
- Jom berwakaf bersama Saham Wakaf Johor, hanya serendah RM 10.00 dan boleh di niatkan kepada ahli keluarga kita sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Selagi mana harta wakaf itu masih memberi manfaat kepada umat Islam, selagi itulah pahala wakaf itu mengalir.
- Kami juga menyediakan borang potongan gaji bagi sesiapa yang berhajat untuk melakukan wakaf setiap bulan, dan kami akan ke tempat anda untuk menyerahkan borang potongan gaji ini, Semoga apa yang kita lakukan ini menjadi suatu amalan soleh dan dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
-Untuk Berwakaf | Layari : www.e-wakafjohor.gov.my atau hubungi kami di talian 07-2221655