
Keterangan :
Tanah bagi tapak masjid di Kampung Sri Gunung Pulai, Daerah Kulai ini pada asalnya telah diwakafkan oleh Puan Sepiyah Bte Shafie pada bulan Oktober tahun 2004 seluas 0.031 ekar.
Namun , menjelang tahun 2015, terdapat penambahan penduduk yang juga sangat memerlukan penambahan kawasan bagi pembesaran masjid sedia ada serta tapak wakaf bagi tujuan Sekolah Agama . Bagi tujuan tersebut, Dato’ Abdullah Jaafar telah mewakafkan sebanyak RM400,000.00 bagi menampung sebahagian kos PBT di kawasan tersebut.
Kos :
Kos bagi projek pembelian lot tanah ini adalah sebanyak RM 629,848.00 ( Ringgit Malaysia Enam Ratus Dua Puluh Sembilan Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Lapan Sahaja )