• Jariah Wakaf Johor

    Jom Wakaf | Serendah RM1 Saham Wakaf Johor Saham Akhirat Anda

  • Peranan Bahagian Wakaf

    BAHAGIAN WAKAF | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Projek Wakaf

PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN ASRAMA PELAJAR JOHOR DI MESIR


Pada 17 April 2010, secara rasminya Projek Saham Wakaf Johor bagi Asrama Pelajar Johor di Mesir ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar.

Saham Wakaf Johor telah memperkenalkan projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir kepada orang ramai pada 1996 dan pada tahun 2010, kutipan Saham Wakaf Johor telah mencapai sasaran bagi projek wakaf Asrama Pelajar Johor di Mesir ini sebanyak RM 6,000,000.00 Juta (Ringgit Malaysia Enam Juta Sahaja).

Dengan pembelian bangunan tersebut maka diteruskan bagi Kutipan Saham Wakaf Johor bagi proses pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan dalam sasaran kutipan RM10,000,000.00  dari tahun 2017 sehingga 2022. Kini kutipannya telah mencapai sebanyak RM3,855,010.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA JUTA LAPAN RATUS LIMA PULUH LIMA DAN SEPULUH SAHAJA). Namun, tidak dapat dibuat kerana kerajaan di Jordan mempunyai dasar bahawa pemilikan harta di Jordan tidak diberikan kepada warga luar negara. Kutipan ini telah terlaksana dalam tempoh 5 tahun.

Maka melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Negeri Johor 2022 dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2022 telah bersetuju untuk menukarkan hasil wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Jordan ditawakufkan dan ditukarkan kepada wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir.

Kutipan mencapai sasaran lebih kurang dalam tempoh 3 tahun .Kini Kos bagi Wakaf pembelian Asrama Pelajar Johor di Mesir masih dalam rundingan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengenalpasti bangunan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Bangunan Asrama Pelajar Johor di Mesir.

Baca Lagi...
 
PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ SAINS JOHOR
Kutipan bagi projek pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Sains Johor telah dibuka pada penghujung tahun 2021. Kini telah mencecah sebanyak RM2,144,140.00 dan masih berbaki sebanyak 27,855,860.00 dengan anggaran kutipan sepenuhnya sebanyak RM30,000,000.00.

Kenapa satu unit wakaf berjumlah RM50?

Permintaan masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor bagi menempatkan anak-anak mereka yang ingin mendalami ilmu agama yang semakin terhad dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun.

Justeru, perbezaan jumlah unit wakaf ditingkatkan bagi mempercepatkan proses pembinaan Sekolah Menengah Agama di Negeri Johor dalam konsep Saham Wakaf Johor. Maka Majlis Agama Islam Negeri Johor menawarkan sebanyak 600,000 unit wakaf kepada masyarakat islam khususnya di Negeri Johor.

Selain itu, Sekolah ini mampu menempatkan sebanyak 300-400 pelajar dalam satu-satu masa serta dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sekolah ini juga akan menggunakan sistem dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Seramai 80% pelajarnya adalah dari dalam negara manakala 20% lagi adalah dari pelajar luar negara.

Sekolah ini akan dibina di Mukim Tebrau nombor Lot 137204 GM 1066 Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru seluas 2.01 hektar milik Encik Uzair bin Abdul Malik yang telah selesai hujjah wakafnya pada 29 Mei 2016.

Baca Lagi...
 

More Articles...

  1. PROJEK 2023 l WAKAF BANGUNAN SEKOLAH AGAMA JOHOR
  2. Wakaf Mushaf Al-Quran
Prev123456Next

Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Borang Potongan Gaji Kakitangan Badan Berkanun/Kerajaan Negeri/Swasta

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini28
Mingguan327
Bulanan2587
Keseluruhan881958

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.